16 November, 2008

MY GUPPIES...

guppy endlers
Aku ni minat giler kat ikan, aku pun x tau kenapa. Dulu masa aku blum kawin, parents aku ada bela ikan toman. Adik aku yg laki2 suka sangat kat ikan 2, tapi entah kenapa masa 2, aku benci sangat kat ikan 2. Dah la akuarium besar giler, air dalam akuarium plak macam busuk je, masa 2 aku ni jenis org yg geli skit. Kalu aku lalu dekat tepi akuarium 2, aku buat2 x nampak jer ikan 2, tapi dah besar sgt mcm mana nak buat x nampak. Panjangnya kalo x silap aku hampir 2 kaki.

Lepas 2, bila dah kawin pun aku dah lama x pikir pasal ikan ni. Tapi entah mcm mana, masa 2 anak2 aku nak bela kucing tp aku x brapa suka nak bela kucing sbb anak2 aku masih kecil lagi, takut nanti kena asma plak. Tp aku p jugak kat pet shop. Apa lagi, masa 2 la aku jatuh cinta pandang pertama kat ikan2 dalam kedai 2. Nak tau kenapa? Sbb aku tgk ikan2 tu comel2 dan cantik2 sgt terutama ikan2 yg kecil2 dan berwarna-warni.

Pikir punya pikir, aku pun beli akuarium 5 gelen dan ikan zebra, neon dan entah jenis apa lagi... Balik umah aku pun hias akuarium dgn driftwood, pasir hitam dan pokok hidup. Esoknya ikan neon aku mati tp ikan yg lain ok. Tensen gak aku sbb ikan neon mmg cantik tp nasib baik x mati semua. Lepas 2 bulan, masa aku nak tukar air aku ternampak ada cacing serupa benang warna merah dalam air. Rupa2nya ada banyak cacing merah 2 dlm pasir kat bawah. Aku rasa geli mcm nak mampusssss... Pas2 aku buang semua air, ikan dan pasir2 dalam tong sampah. Nasib baik aku x buang akuarium sekali. Sayang gak hampir rm250 aku beli akuarium 2.

Lepas 2, hampir setahun lebih aku x bela ikan lagi. Satu hari aku lalu depan kedai ikan 2, aku pun singgah la. Masa 2 aku nampak guppy. Kenapa sebelum ni aku x perasan pun. Cantik sungguh guppy ni, yg jantan paling cantik sbb ekor dia kembang dan berwarna-warni.Hampir 2 jam aku kat kedai tu, x perasan langsung. Aku pun beli la 10 ekor ikan guppy dan letak dalam akuarium 5 gelen aku 2. Yg sedihnya, guppy aku bergilir-gilir mati. Aku pun x tau kenapa. Aku dah buat mcm org kat kedai ikan 2 cakap. Aku ikut semua arahannya. Guppy aku mcm mereput sedikit demi sedikit dan kemudian mati. Pas2 berjangkit kat semua ikan. Padahal aku dah lepas anti klorin dan ubat yg lain. Tensen giler aku.

Sejak kejadian tu, aku pun mula la selidik pasal guppy ni. Ada yg kata x bleh letak ubat la, x bleh pakai pam dan penapis la, air kena disimpan selama 2 hari la, x bleh tukar air masa hari hujan la, kena pakai air yg ditapis la dan mcm2 lgi. Aku pun cuba semua cara tp x berkesan. Tensen aku bila tgk ada org bela guppy x mati2 pun. Siap beranak-pinak lagi. Lepas 2, aku pun cuba la cara yg terakhir iaitu guna air dari mesin penapis kat umah aku. Yahoooo...nampaknya berkesan la, ikan aku x mati... Cuma ada sekor je yg mati sebab x nak makan. Yg sekor lagi kena jangkitan fungus, so aku asingkan dan letak ubat utk cuci luka (acriflavin) beberapa titis. Badan guppy teruk gak ada tompok2 warna putih tapi 3 hari lepas 2 hilang sikit.

Bila aku tgk guppy berenang2 aku rasa tenang je, kalo masa guppy makan rasa seronak sgt tgk guppy berebut2 makan. Kalo aku bangun tgh malam utk ke toilet aku akan singgah tgk guppy aku dulu. Balik je daari opis aku terus tgk guppy dulu sampai anak2 aku pun dah jeles... hehehe...

11 November, 2008

RENEW PASPORT BIBIK

Pukul 8.00 pagi aku, bibik dan baby dah berangkat ke Penang utk ke Duta Indon di Pulau Tikus. Pusing punya pusing, last sekali sampai gak kat sana pkl 8.45 pagi. Ya ampun.....byk giler org beratur, siap ada 2 baris panjang lagi. Aku la yg nak kena beratur menyempit2 dgn indon2, baby aku plak masa tu lah nak sayang giler kat bibik dia, tak nak langsung kat aku. Kalo aku dukung baby, bleh suruh bibik yg beratur. Hampeh betul la...
Bila pintu opis bukak pkl 9.10 pagi aku kena bertolak2 dgn indon2 untuk masuk ke dalam bangunan dan amik nombor giliran. Aku dapat no 31, kena isi borang lagi. Pas2 pkl 11.45 pagi, baru sampai giliran aku. Pegawai kat sana semua org indon, semua cakap indon, aku rasa mcm ada kat indon plak. Apa lagi, aku pun try la cakap indon. Setiap hari dok tgk sinetron indon, lama2 pandai la ckp indon... Rasa mcm org indon plak...hehehe...
Lepas 2 hari aku kena kembali ke sana lagi utk ambil paspor yg baru.

08 October, 2008

MY SWEET CHEESECAKES


Dalam hidup aku ni, benda yg paling aku sayang ialah anak2 aku... Dah tentu la husband aku pun masuk sekali dalam senarai, hehehe... Nanti merajuk plak kalau dia baca blok aku. Tp memandangkan anak2 aku ni masih kecil dan tak tahu menjaga diri sendiri lagi, aku sentiasa memantau keadaan mereka setiap jam...
Aku ada 4 orang anak. 3 perempuan dan 1 yg terakhir ialah lelaki, insyaAllah...Perangai keempat4 x sama langsung, masing2 ada identiti tersendiri. Rupa bentuk geografi semuanya ikut husband aku, semua org x pernah kata ikut aku. Tak pa laaa, aku x kisah. Lagipun, husband aku selalu x ada kat umah, jadi anak2 la pengubat rindu kat husband aku. Kalo aku bengang kat husband, anak2 la jadi mangsa, hehehe...Acah je...
Anak aku yg no 1 umurnya 11 tahun (darjah 5). Anak sulungggg, pas2 gap dgn anak yg no 2 jauh sgt, so semua aku yg buatkan sampai besar, manjalah skit. Semuanya nak bergantung kat aku sampai skrg, masih teragak2 nak buat keputusan. Kalo g Supermarket nak beli apa2, mesti tanya aku nak buat pilihan. Kadang2 aku yg tensen. Kalo nanti dah besar masa nak kawin mintak aku yg pilihkan, bagus gak. Satu yg aku x berapa berkenan, kalo ada apa2 yg dia dpt, mesti nak sembunyi2 dr adik2nya, x pernah nak kongsi kecuali dgn aku je...Tapi aku x salahkan dia sbb aku rasa perangai anak sulung selalunya mmg mcm 2. Kalo kena tegur dan marah dgn aku, dia akan buat muka mcm cuka berhari2, mmg kuat merajuk...
Anak aku yg no 2, umurnya 6 tahun. Yg ni paling byk ikut perangai husband aku, rupa pun sejibik dr ujung rambut sampai ujung kaki. Semua anugerah dpt kat dia, paling nakal, byk kena rotan dan x pernah serik2, suka mengusik semua org, semua benda dia nak buat sendiri dan terlalu berdikari. Dia kena marah dgn teacher kat tadika sampai nangis2 pun, x pernah crita kat aku. Bila aku g tadika dia, baru teacher bagitau. Dia mmg nekad dan berani, kalo nak buat apa2, dia x pikir panjang. Ada satu kali 2, aku bawak g kedai dan aku x sedar dia amik gula2 masuk poket dia, padahal aku ada kat sebelah dia. Bila aku tanya kenapa dia amik gula2, dia kata kalo dia mintak pun aku x belikan. Apa lagi, balik umah kena rotan la...Bingung aku, sejak hari 2, aku bagi kelonggaran sikit kat dia utk beli gula2 dan aku plak sentiasa berjaga2 sebelum keluar dr supermarket atau kedai, aku akan periksa poket dia.
Pas2 kat tadika plak masa test dia bawak "toyol", aku pun heran mcmana budak umur 6 thn blh trfikir nak bwk "toyol" masa test. Mungkin genetik dr husband aku kot, hehehe...Mampus aku kalo husbang aku dengaq...
Tapi ada beberapa perangainya yg aku suka sgt. Kalo dia ada walaupun satu bijik gula2 dia akan kongsi dgn semua org. Apalagi dgn org yg dia sayang. Kalo kena marah atau rotan sampai nangis giler2 pun dia x simpan dlm hati. 5 minit dia dah sengih dan nakal balik. Dia akan pastikan semua org dapat makan atau apa2 pun walaupun kat bibik. Tambah kalo ada sesiapa yg sakit, mesti dia akan jagaaa...

(...bersambung...)

05 October, 2008

SIMPLE STORY OF ME


Hi, aku ni memang x pandai buat blog, ni yg pertama. So, kalau ada yg x perfect 2, paham2 je la... 2 la, umur dah tua baru nak belajar buat benda2 cam ni. Nasib baik ada adik aku yg cute 2, dia la yg ajar aku benda2 ni semua.....

Sebenarnya aku pun x tahu apa nak tulis kat sini buat masa ni. Blog ni utk suka2 je, bukan utk mengutuk sapa2, tp lebih kepada meluahkan perasaan dan pendapat aku je. Tp masa akan datang nanti aku x jamin kalau aku terkutuk sapa2... :-p

Sapa2 yg x kenal aku memang selalu kata aku ni sombong... Mungkin sbb aku ni x banyak bergaul. Masa aku sekolah dulu kawan aku x byk mana pun tp ada la 4-5 orang yg mmg baik giler. Lagipun makbapak aku x berapa suka aku berkawan dgn budak2 yg x menentu ni.

Nak dijadikan cerita, lepas aku kawin, husband aku plak lagi la terukkkkkk. Diibaratkan terlepas dari kandang harimau, tersilap masuk pulak kandang singaaaa...

Husband aku x brapa suka aku ada kawan. Katanya nanti aku terpengaruh benda2 yg x elok. Mmmm, macam la aku ni jenis yg senang terpengaruh. Itu semua alasan je. Sampai sekarang aku pun x tau sebab yg munasabah. Nak kata cemburu, bukannya aku ada kawan lelaki. Kalau husband aku ada kat umah, aku x bleh nak buat apa pun. Nak masak pun susah. Aku kena sentiasa ada kat tepi dia jer. Kalau aku layan anak2, dia akan buat muka semacam je tengok aku. Kalau boleh masa dia tidur, dia nak ikat aku kat tepi...Itulah aku heran, ada jugak orang mcm ni...Hehehe...

Aku ni jenis yang x suka cari gaduh dengan sapa2 pun. Kalau orang sakiti aku sikit2 2, aku buat x tahu jer, tp kalau lebih2 sgt, sapa yg boleh tahan, betul x? Selalunya aku malas nak gaduh besar2. Tp kalau dah melampau sangat pun aku hanya balas dgn cakap balik jer. Biasanya aku doakan ALLAH balas balik jer dgn balasan yg dah tentu setimpal.

Tp aku ada satu perangai buruk yg aku x bleh nak control...jangan sakitkan anak2 aku...Itu adalah satu2nya perbuatan yg x bleh aku maafkan atau biarkan. Aku sanggup buat apa jer biarpun yg paling teruk..., so paham2 la...

09 September, 2008

BIBIK OH BIBIK


Sebelum aku amik bibik dulu aku tak tahu sangat kepentingan bibik ni. Masa aku muda2 dulu, tak semua orang yang ada bibik, hanya golongan berada je yg ada bibik ni. Kalau balik kampung 2, sapa yg ada bibik 2, kira glamor giler la...
Aku start amik bibik lepas aku melahirkan anak no 2, sebenarnya aku masih boleh uruskan semua kerja2, tp husband aku yg suruh amik. Mulanya aku x berapa suka nak amik bibik, yelah lepas dengar mcm2 story pasal bibik ni...

BIBIK ST (nombor 1)

Aku pun pilih la yg ok sikit rupanya masa tgk profil... Agen aku ada bagi no hp majikan lama dia masa dia keja kat KL dulu. Apa lagi aku pun call la majikan lama dia. Majikan lama mmg suka sgt kat bibik ST ni sampai nak datang tgk bibik ST tp husband aku x bagi. Takut nanti lain plak jadinye.. Tapi lepas 2, majikan lama dia selalu call aku mintak nak ckp dgn bibik ni. Aku x berani bagi takut nanti kalu ada problem aku gak yg kena...
Masa aku tgk dlm profil nampak muda tp bila tgk depan2 nampak tua sikit. agen aku kata benda ni mmg biasa la, umur, nama, tarikh lahir semua kdg2 kena tukar.. Ah, x kisah la... janji blh diharap.

Aku tgk bibik ST ni mmg blh diharap buat keja, jaga anak pun ok gak. Anak2 aku pun x byk karenah dgn bibik. Yg paling aku suka kalu dia masak. Yelah, dah 4 tahun keja dgn majikan cina, bibik mmg pandai masak style cina. Aku paling suka mee suah dgn sup kaki ayam dan ikan bilis goreng. Terliur aku bila teringat mee suah dia...

Tapi ada satu perangai dia yg aku x suka, dlm diam2 aku dpt tahu dia ni gatal sikit. Itupun mertua dan husband aku yg nampak. Dia suka curi2 keluar malam2 jumpa dgn taukeh kedai kat kampung yg aku tinggal 2. tp aku x pernah tanya dia, masa 2 aku x ada kuasa penuh kat bibik ni. Mertua aku yg jaga semua. Aku x berani nak cari pasal.
Tp bibik ST ni tahan sampai 2 thn je. Aku ingat nak sambung tp mertua aku x berapa suka dgn dia ni. So, aku pun trpaksa la hantar dia balik indon....

BIBIK SM (nombor 2)

Masa 2 aku dah pregnant baby no 3, aku rasa mcm nak pengsan setiap kali bangun, biasa la...muntah2 dan pitam sampai 4 bulan. Pas 2 masa aku pregnant 7 bulan aku pun amik bibik lagi. Masa tgk gambaq ok je, tp bila sampai baru aku tau bibik SM ni ada perangai yg ganjil sikit. Masa aku p keja, dia kunci anak2 aku kat bilik, pas2 dia main puzzle anak aku kat bilik sebelah. Bila aku balik keja, dgn bangga dia bagitau kat aku dia dah siapkan semua puzzle... Dah la aku beli puzzle rm250, anak aku baru siapkan separuh je...Mana aku x bengang...

Cuti sekolah aku pun balik kampung rumah mummy dan daddy aku. Kampung aku ni kat sawah padi, so banyak la flora dan fauna termasuklah hidupan liar dari yg friendly sampailah yg berbisa dan bengis...Petang 2, bibik SM amik sebijik telur yang dia jumpa kat bawah pokok, pas2 dia tunjuk kat anak2 aku. Masa 2 aku ada dekat, so aku pun p dekat tengok. Rupa2nyer telur 2 telur ular, nasib baik lagi....Kena marah la...pandai2 sangat.
Itu x cukup lagi... Kat depan umah ada parit besar, dalam 2 penuh la dengan ikan haruan, sepat, puyu, siput padi, ular air dan mcm2 lagi. Bibik SM ni dah terliur tgk benda2 ni, dia pun terus masuk dalam parit nak amik siput2 tu. Apalagi aku pun jerit la suruh dia keluar balik. Aku amik dia nak suruh dia jaga anak aku tp dia tangkap siput plak. Pas 2 aku pun masuk dalam umah. Masa aku masuk dapur aku nampak dia tengah masak. Aku tanya dia masak apa, dia kata dia tengah rebus SIPUT PADIIIIII....Aku tensen giler babi...Bibik ni mmg degil giler, masa kecik2 dulu mesti x sunat kot. Dia kata dia teringin sangat. Aku yg tgh pregnant pun x teruk mcm dia. Mcm biasa la, kena marah lagi...

Anak aku yg no 2 ni agak agresif sikit, mcm husband aku sebijik. So, susah sikit nak jaga dia. Aku selalu pesan kat bibik SM supaya jaga betul2, jgn bagi dia start nangis, nanti susah nak berhenti nangis. Satu hari anak sulung aku bagitau dia nampak bibik SM ni bagi anak no 2 hisap breast dia. Aku rasa mcm nak pitam dengaq...Aku pun terus tanya bibik SM. Selamba jer dia jawab dia buat cam 2 sbb x nak bagi anak aku nangis. Heee........geli aku....Nasib baik husband aku x tahu, kalau x masalah besar plak jadik. Mesti husband aku suruh hantaq balik punye. So, aku diamkan jer...

Satu petang 2, aku dan family aku keluar jalan2, masa aku lalu depan rumah aku dan husband nampak bibik SM tengah selongkar kereta aku. Aku pun terus keluar dan tanya. Katanya dia nak cari botol susu anak aku padahal botol susu ada kat dapur. Pas2 katanya lagi kalau x der benda yang hilang buat apa nak marah2 padanya. Husband aku dah geram giler. Aku tahu dia nak cari pasport sbb 2 hari lepas dia nampak aku amik pasport dia kat agen, pas2 letak dlm dashboard kereta.
Esoknya husband aku terus hantar dia balik ke agen. Padan muka aku...Hehehe...Agen aku suruh bagi peluang lagi kat bibik 2, tp husband aku x nak, apa nak buat...



bersambung....