16 November, 2008

MY GUPPIES...

guppy endlers
Aku ni minat giler kat ikan, aku pun x tau kenapa. Dulu masa aku blum kawin, parents aku ada bela ikan toman. Adik aku yg laki2 suka sangat kat ikan 2, tapi entah kenapa masa 2, aku benci sangat kat ikan 2. Dah la akuarium besar giler, air dalam akuarium plak macam busuk je, masa 2 aku ni jenis org yg geli skit. Kalu aku lalu dekat tepi akuarium 2, aku buat2 x nampak jer ikan 2, tapi dah besar sgt mcm mana nak buat x nampak. Panjangnya kalo x silap aku hampir 2 kaki.

Lepas 2, bila dah kawin pun aku dah lama x pikir pasal ikan ni. Tapi entah mcm mana, masa 2 anak2 aku nak bela kucing tp aku x brapa suka nak bela kucing sbb anak2 aku masih kecil lagi, takut nanti kena asma plak. Tp aku p jugak kat pet shop. Apa lagi, masa 2 la aku jatuh cinta pandang pertama kat ikan2 dalam kedai 2. Nak tau kenapa? Sbb aku tgk ikan2 tu comel2 dan cantik2 sgt terutama ikan2 yg kecil2 dan berwarna-warni.

Pikir punya pikir, aku pun beli akuarium 5 gelen dan ikan zebra, neon dan entah jenis apa lagi... Balik umah aku pun hias akuarium dgn driftwood, pasir hitam dan pokok hidup. Esoknya ikan neon aku mati tp ikan yg lain ok. Tensen gak aku sbb ikan neon mmg cantik tp nasib baik x mati semua. Lepas 2 bulan, masa aku nak tukar air aku ternampak ada cacing serupa benang warna merah dalam air. Rupa2nya ada banyak cacing merah 2 dlm pasir kat bawah. Aku rasa geli mcm nak mampusssss... Pas2 aku buang semua air, ikan dan pasir2 dalam tong sampah. Nasib baik aku x buang akuarium sekali. Sayang gak hampir rm250 aku beli akuarium 2.

Lepas 2, hampir setahun lebih aku x bela ikan lagi. Satu hari aku lalu depan kedai ikan 2, aku pun singgah la. Masa 2 aku nampak guppy. Kenapa sebelum ni aku x perasan pun. Cantik sungguh guppy ni, yg jantan paling cantik sbb ekor dia kembang dan berwarna-warni.Hampir 2 jam aku kat kedai tu, x perasan langsung. Aku pun beli la 10 ekor ikan guppy dan letak dalam akuarium 5 gelen aku 2. Yg sedihnya, guppy aku bergilir-gilir mati. Aku pun x tau kenapa. Aku dah buat mcm org kat kedai ikan 2 cakap. Aku ikut semua arahannya. Guppy aku mcm mereput sedikit demi sedikit dan kemudian mati. Pas2 berjangkit kat semua ikan. Padahal aku dah lepas anti klorin dan ubat yg lain. Tensen giler aku.

Sejak kejadian tu, aku pun mula la selidik pasal guppy ni. Ada yg kata x bleh letak ubat la, x bleh pakai pam dan penapis la, air kena disimpan selama 2 hari la, x bleh tukar air masa hari hujan la, kena pakai air yg ditapis la dan mcm2 lgi. Aku pun cuba semua cara tp x berkesan. Tensen aku bila tgk ada org bela guppy x mati2 pun. Siap beranak-pinak lagi. Lepas 2, aku pun cuba la cara yg terakhir iaitu guna air dari mesin penapis kat umah aku. Yahoooo...nampaknya berkesan la, ikan aku x mati... Cuma ada sekor je yg mati sebab x nak makan. Yg sekor lagi kena jangkitan fungus, so aku asingkan dan letak ubat utk cuci luka (acriflavin) beberapa titis. Badan guppy teruk gak ada tompok2 warna putih tapi 3 hari lepas 2 hilang sikit.

Bila aku tgk guppy berenang2 aku rasa tenang je, kalo masa guppy makan rasa seronak sgt tgk guppy berebut2 makan. Kalo aku bangun tgh malam utk ke toilet aku akan singgah tgk guppy aku dulu. Balik je daari opis aku terus tgk guppy dulu sampai anak2 aku pun dah jeles... hehehe...

0 comments: